Monday, May 14, 2007

Psoriasis penyakit kulit bersisik



Psoriasis penyakit kulit bersisik


Ketika penyakit mula menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai. Kebanyakan orang memandang, dan ada yang berani berbertanya penyakit ini.


Bila pesakit memberi jawapan, Bermacam-macam cadangan di ajukan saperti berjumpa doktor pakar kulit ditempat tertentu, jumpa bomoh atau dukun,ubat jualan lansung, ubat herba, mandi air panas, mandi air laut dan bermacam macam lagi.



Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya kortikosteroid, vitamin D3, retinoid, antralin, tar arang, psoralen, methotrexate dan terapi sinar UVA. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan penyakit ini.Kaedah terbaru ialah penggunaan krim herba yang dirumus daripada lima jenis halia liar ciptaan Profesor Azimahtol. Bahan aktif krim halia itu mampu menghentikan proses pembahagian sel dan mematikan sel berkenaan.“Untuk kesan lebih baik, pesakit boleh menggunakan cooltar yang diberikan doktor untuk menanggalkan lapisan kulit tebal . Apabila lapisan itu tertanggal, baru disapu dengan krim halia ini sebanyak lima hingga tujuh kali sehari.“Kesannya bergantung kepada keadaan setiap pesakit. Oleh kerana krim ini mempunyai bau kuat, pesakit disaran mengambil cuti beberapa hari untuk menjalani rawatan. Berdasarkan pengalaman 250 pesakit yang menggunakannya, biasanya ia mengambil masa antara lima hingga 14 hari untuk menunjukkan kesan.“Selain mengandungi bahan aktif yang boleh menghentikan pembahagian sel, krim halia ini mempunyai ciri anti alahan, anti fungus, anti bakteria dan anti melanin. Ini kerana pesakit juga biasanya mengalami masalah alahan, mudah dijangkiti fungus terutama pada kuku, mendapat jangkitan bakteria dan badan mengeluarkan banyak melanin yang menyebabkan plak psoriasis menjadi hitam,” katanya yang menjalankan kajian fototerapeutik halia sejak 1997.Bagi pesakit yang mengalami psoriasis pada kulit kepala, Profesor Azimahtol menyarankan krim ini dicampurkan dengan tonik rambut sebelum disapu rata pada kulit kepala. Malah, krim sama boleh digunakan bagi individu yang mengalami penyakit kulit lain seperti ekzema, kayap, kurap atau ruam lampin.“Paling penting, jangan berputus asa. Allah menjanjikan setiap penyakit ada ubatnya. Usah disebabkan penyakit kita hilang keyakinan diri. Kadangkala kita perlu menggabungkan beberapa kaedah rawatan sebelum penyakit dapat dikawal dan disembuhkan,” katanya.




Penyakit Psoriasis arthritis menyebabkan radang sendi. Sendi menjadi bengkok dan tidak boleh bergerak saperti sendi jari tangan. leher, lutut dan bergelangan kaki.


No comments:

Post a Comment